KUALA LUMPUR 8 Jan – Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) berjumlah AS$125.5 bilion pada 31 Disember 2025.
BNM menjelaskan paras rizab itu telah mengambil kira perubahan suku tahunan bagi penilaian semula pertukaran asing.
"Paras rizab ini memadai untuk membiayai 4.7 bulan import barangan dan perkhidmatan, serta bersamaan 0.9 kali jumlah hutang luar jangka pendek negara.
Komponen utama rizab antarabangsa BNM adalah rizab mata wang asing, AS$110.5 bilion; kedudukan dalam Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) AS$1.3 bilion; Hak Pengeluaran Khas (SDR) AS$5.9 bilion; Emas, AS$5.4 bilion dan aset rizab lain AS$2.4 bilion.
Dari segi ringgit, jumlah aset keseluruhan BNM mencecah RM602.21 bilion merangkumi emas, tukaran asing & SDR, RM509.78 bilion; kertas kerajaan Malaysia (MGS/GII), RM13.42 bilion dan deposit dengan institusi kewangan RM2.53 bilion.
Pinjaman dan pendahuluan, RM28.41 bilion; Tanah & bangunan, RM4.56 bilion dan aset lain RM43.5 bilion.
Jumlah modal dan liabiliti berjumlah RM602.21 bilion terdiri daripada modal dibayar, RM100 juta; Rizab BNM: RM196.64 bilion, Mata wang dalam edaran: RM177.75 bilion dan Deposit institusi kewangan: RM118 bilion.
Selain itu, Deposit kerajaan persekutuan: RM4.5 bilion, Deposit lain: RM65.57 bilion, Kertas BNM: RM9 bilion, Peruntukan SDR: RM26.83 bilion dan Liabiliti lain: RM3.75 bilion. - DagangNews.com








