Reservoir Link terima kontrak penyediaan peralatan penebukan telaga daripada EnQuest Petroleum Production | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Reservoir Link terima kontrak penyediaan peralatan penebukan telaga daripada EnQuest Petroleum Production

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 28 April - Reservoir Link Energy Bhd menerusi Reservoir Link Sdn Bhd menerima kontrak daripada EnQuest Petroleum Production Malaysia Ltd bagi penyediaan peralatan penebukan telaga dan perkhidmatan berkaitan.

 

Berdasarkan kontrak, kumpulan itu akan bertanggungjawab membekalkan peralatan berkaitan yang disalurkan ke dalam tiub khusus termasuk caj tebukan, alat ganti dan aksesori yang diperlukan bagi kerja-kerja tersebut.

 

Mereka juga akan menyediakan tenaga kerja yang berkelayakan, alat khusus, perisian dan pakar untuk melaksanakan perkhidmatan yang disalurkan tiub khusus seperti tebukan, pemerolehan data dan aktiviti tafsiran seperti yang dinyatakan untuk sebarang keadaan telaga.

 

Katanya, kontrak tersebut sah untuk tempoh tiga tahun sehingga 2028 dengan nilai kontrak tertakluk kepada jumlah kerja sebenar yang berjaya disiapkan kumpulan.

 

Timbalan Pengerusi Eksekutif Reservoir Link, Thien Chiet Chai berkata, kejayaan itu merupakan penegasan jelas terhadap kepakaran dan visi strategik kami yang semakin meningkat, mengukuhkan komitmen kumpulan untuk memainkan peranan yang semakin berpengaruh dalam landskap tenaga dinamik.

 

"Kami melihat permintaan yang meningkat untuk perkhidmatan berkaitan tenaga, dan kami secara strategik memberi tumpuan kepada meluaskan jejak operasi dan keupayaan perkhidmatan secara agresif merangkumi spektrum peluang yang lebih luas.

 

"Dengan itu, kami berhasrat untuk terus memberi nilai yang luar biasa secara konsisten dan berusaha membawa rumusan yang lebih inovatif kepada industri," katanya.- DagangNews.com