KUALA LUMPUR 26 Sept - PWF Corporation Berhad menerusi PWF Timberhill Sdgn Bhd memeterai perjanjian jual beli (SPA) dengan TWL USJ Height Sdn Bhd bagi bagi memperoleh 14 unit kedai pejabat berharga RM27.8 juta di Jalan Melaka, Kuala Lumpur.
Kumpulan itu berkata, hartanah tersebut terletak di kawasan komersial yang strategik dan sedang pesat membangun, disokong pembangunan infrastruktur yang sedang dijalankan serta peningkatan permintaan terhadap ruang runcit dan pejabat di sekitarnya.
"Ia dijangka dapat menjana pendapatan sewaan yang stabil serta menawarkan potensi kenaikan nilai modal.
"Jumlah harga belian bagi pengambilalihan ini akan dijelaskan secara tunai dan dibiayai melalui gabungan dana dalaman yang dijana sendiri oleh kumpulan PWF serta pinjaman bank, dengan peratusannya akan ditentukan kemudian," katanya dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia.
Kumpulan itu berkata, pengambilalihan itu tidak tertakluk kepada kelulusan pemegang saham atau mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang lain.
Tertakluk kepada sebarang keadaan tidak dijangka, hartanah itu dijangka siap untuk penyerahan dalam tempoh 36 bulan dari tarikh SPA.- DagangNews.com








