PJBumi dapat kelulusan bina 22 kilang industri di Kedah bernilai RM40 juta | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

PJBumi dapat kelulusan bina 22 kilang industri di Kedah bernilai RM40 juta

Oleh Shamsiah Zulkafli

KUALA LUMPUR 23 Mei - PJBumi Bhd mendapat kelulusan daripada Majlis Perbandaran Sungai Petani untuk membina 22 unit kilang industri sederhana di Kedah dengan nilai pembangunan kasar (GDV) dianggarkan sebanyak RM40 juta.

 

PJBumi berkata, kelulusan tersebut sah selama setahun, bermula 14 Mei 2025 hingga 13 Mei 2026. 

 

"Kerja-kerja pembinaan dijangka bermula pada suku ketiga tahun ini," katanya dalam makluman di Bursa Malaysia.

 

Jelasnya, projek pembangunan tersebut dijangka menyumbang secara positif kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bermula tahun kewangan yang berakhir pada 30 Jun 2026.

 

Ia juga adalah sebahagian daripada strategi PJBumi untuk mengembangkan portfolio hartanah industrinya di utara Semenanjung Malaysia.

 

PJBumi menawarkan perkhidmatan kejuruteraan dan pembinaan dalam pelbagai bidang termasuk kejuruteraan awam, mekanikal dan elektrikal; pengurusan alam sekitar; pembuatan dan penjualan produk gentian kaca dan struktur keluli; serta perkhidmatan pelaburan. - DagangNews.com