KUALA LUMPUR 20 Mei – Petronas kini sedang mengadakan rundingan dengan syarikat minyak nasional Indonesia, Pertamina dan kumpulan tenaga Perancis, TotalEnergies bagi membentuk kerjasama untuk membangunkan blok minyak Bobara di Indonesia.
Naib Presiden Aset Antarabangsa Petronas, Mohd Redhani Abdul Rahman berkata, perbincangan telah bermula sejak tahun lalu namun masih belum dimuktamadkan dengan sebarang perjanjian rasmi.
Beliau berkata demikian kepada pemberita di luar persidangan Persatuan Petroleum Indonesia.
Petronas bagaimanapun menandatangani kontrak perkongsian pengeluaran dengan kerajaan Indonesia untuk blok Bobara pada tahun lalu.
Blok itu yang dianggarkan kerajaan mempunyai 6.8 bilion tong setara minyak, akan menjadi projek perairan dalam pertama Petronas di Indonesia sebagai pengendali, kata syarikat itu tahun lepas.- DagangNews.com








