PeterLabs gantung tugas Loh Saw Foong selama 2 minggu bagi siasatan salah laku  | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

PeterLabs gantung tugas Loh Saw Foong selama 2 minggu bagi siasatan salah laku 

Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 14 Mei - PeterLabs Holdings Bhd menggantung tugas Pengarah Eksekutifnya, Datuk Loh Saw Foong selama dua minggu berkuat kuasa 13 Mei 2025.

 

Langkah itu bagi membolehkan semakan bebas dan menyeluruh dijalankan berhubung dakwaan salah laku yang didakwa melanggar dasar syarikat serta syarat pelantikan.

 

Sepanjang tempoh itu, tugas beliau akan digalas sementara oleh Pengarah Urusan Kumpulan, Lim Tong Seng.

 

PeterLabs menjelaskan penggantungan itu tidak akan menjejaskan operasi atau kedudukan kewangan syarikat.

 

Anak syarikatnya, Thye On Tong Trading Sdn Bhd turut beroperasi seperti biasa.- DagangNews.com