KUALA LUMPUR 28 April - Langkah Amerika Syarikat meningkatkan sekatan eksport cip ke China, penyelidik China menggandakan usaha mereka, sekali gus menguasai penyelidikan teknologi semikonduktor global.
Menurut laporan Emerging Technology Observatory (ETO) Universiti Georgetown, Washington, sembilan daripada sepuluh pengeluar penyelidikan cip terbesar dari 2018 hingga 2023 adalah institusi China.
Lapan universiti China tersenarai dalam kelompok 10 penyelidikan cip paling banyak dirujuk di dunia, iaitu dalam 10% teratas dari jumlah sitasi tahunan.Hanya dua institusi luar China yang tersenarai iaitu Centre National de la Recherche Scientifique (Perancis) menduduki tempat ketiga bagi jumlah artikel diterbitkan dan ke-10 untuk petikan.
Walaupun sekatan AS menghalang China mendapatkan alatan pembuatan cip berprestasi tinggi, penganalisis ETO berkata, AS mungkin sukar mengekalkan kelebihan itu hanya melalui kawalan eksport.
Penganalisis utama ETO, Zachary Arnold, laporan mereka tertumpu kepada penyelidikan teknologi cip yang sedang berkembang dan tidak termasuk kajian dalaman industri atau paten.
"Dalam bidang pertumbuhan pesat seperti seni bina pengkomputeran berasaskan neuron dan pengkomputeran optik, China mendahului dari segi jumlah kertas kerja diterbitkan," katanya dalam satu kenyataan.
Antara 2018 hingga 2023, Akademi Sains China (CAS) yang berpusat di Beijing menerbitkan lebih 14,300 kertas kerja berkaitan cip, termasuk lebih 3,400 artikel dalam senarai paling banyak dirujuk.
Pada Januari lalu, sekumpulan penyelidik CAS melaporkan pembangunan cip mikro berasaskan karbon pertama dunia yang mampu menjalankan tugas AI menggunakan logik tiga perkara asas, membolehkan pemprosesan lebih pantas dan penggunaan tenaga lebih rendah.
Penyelidikan itu diketuai oleh ahli CAS, Peng Lianmao yang telah lebih dua dekad meneroka teknologi cip berasaskan karbon.
University of Chinese Academy of Sciences (UCAS), sebuah universiti awam di Beijing yang bergabung dengan CAS, menduduki tempat kedua untuk jumlah penerbitan dan artikel disitasi dengan hampir 7,850 kertas kerja.
Tan Pingheng dari Kolej Sains Bahan dan Teknologi Opto-Elektronik UCAS mengetuai kajian berimpak tinggi mengenai analisis struktur bahan graphene.
Salah satu universiti terbaik dunia, Tsinghua menduduki tempat kelima dalam jumlah penerbitan dan ketiga dalam petikan.
Sejak kembali dari AS pada 2020, pakar semikonduktor, Sun Nan telah membangunkan lebih 50 cip canggih untuk kegunaan kereta api laju, kenderaan elektrik, dan grid tenaga.
Pada 2023, pasukan Tsinghua diketuai Wu Huaqiang dan Gao Bin memperkenalkan cip memristor sistem penuh pertama dunia, komponen litar yang mampu melakukan pembelajaran berasaskan penambahbaikan secara dalaman.
University of Electronic Science and Technology of China (UESTC) menduduki tempat keempat dalam penerbitan cip dengan hampir 5,240 kertas kerja.
Penemuan dari university tertua di China iaitu Nanjing, termasuk artikel paling banyak disitasi mengenai feromagnetisme yang berpotensi memacu pembangunan peranti spintronik, cip berasaskan spin elektron.
Huazhong University of Science and Technology (HUST) di Wuhan menduduki tempat kelapan untuk penerbitan dan kelima dalam sitasi dan cemerlang dalam bidang fototonik, teknologi pemprosesan maklumat menggunakan cahaya, yang meingkatkan kelajuan penghantaran data.
Peking University, yang berada dalam kelompok 20 universiti terbaik dunia, menduduki tempat ke-10 dalam penerbitan dan kelapan untuk rujukan.
Dalam projek lain, Chang Lin dan pasukannya memperkenalkan cip optik sepenuhnya 100 gigahertz untuk mempercepatkan pembangunan AI dan teknologi penderiaan jarak jauh.- DagangNews.com








