Pembelian sekuriti tersenarai Vsolar Group melebihi 5% aset bersih disatukan, nilai pasaran kini RM24 juta | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pembelian sekuriti tersenarai Vsolar Group melebihi 5% aset bersih disatukan, nilai pasaran kini RM24 juta

Oleh HAZIQ HAKIMI

KUALA LUMPUR 5 Jan – Vsolar Group Berhad memaklumkan kepada Bursa Malaysia jumlah pembelian sekuriti tersenarai oleh kumpulan itu bagi tempoh 12 bulan terdahulu telah melepasi ambang 5% daripada aset bersih disatukan teraudit terkininya.

 

Dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia, Vsolar berkata jumlah pertimbangan pembelian agregat sekuriti tersenarai yang diperoleh oleh Vsolar dan anak-anak syarikatnya bagi tempoh tersebut adalah sebanyak RM6,655,087.69 bersamaan 5.50% daripada aset bersih disatukan teraudit kumpulan.

 

Menurut kenyataan itu, setakat 2 Januari 2026, jumlah kos pelaburan dalam sekuriti tersenarai kumpulan adalah RM6,655,087.69, dengan nilai buku sebanyak RM6,617,265.77 manakala nilai pasaran melonjak kepada RM24,030,443.11.

 

Vsolar turut memaklumkan tiada sebarang kerugian bersih dicatatkan hasil penjualan sekuriti tersenarai oleh kumpulan bagi tahun kewangan semasa berakhir 30 September 2026.

 

Pemakluman itu dibuat selaras dengan keperluan penyenaraian Pasaran ACE di bawah Peraturan 9.20, yang menghendaki pendedahan apabila urus niaga pelaburan dalam sekuriti tersenarai melepasi paras ditetapkan. - DagangNews.com