Pelabur asing jual ekuiti RM314.4 juta di Bursa Malaysia untuk minggu ketujuh berturut-turut, kata MBSB Research | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Pelabur asing jual ekuiti RM314.4 juta di Bursa Malaysia untuk minggu ketujuh berturut-turut, kata MBSB Research

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 25 Ogos - Pelabur asing meneruskan rentak jualan di Bursa Malaysia untuk minggu ketujuh berturut-turut dengan mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak RM314.4 juta pada minggu lalu.

 

MBSB Research berkata, jualan bersih berlaku sepanjang minggu kecuali pada Jumaat, yang mencatatkan aliran masuk bersih.

 

Kataya, aliran keluar terbesar direkodkan pada hari Rabu dengan jumlah RM209.4 juta, diikuti Isnin (RM152.9 juta) dan Selasa (RM74.8 juta).

 

 

 

 

 

 

Khamis mencatatkan aliran keluar terendah sebanyak RM54.6 juta, manakala Jumaat menyaksikan aliran masuk bersih sebanyak RM177.2 juta, menunjukkan tanda-tanda pemulihan minat pelabur asing.

 

"Tiga sektor utama yang mencatat aliran masuk bersih asing tertinggi ialah produk & perkhidmatan perindustrian (RM136.7 juta), pembinaan (RM133 juta) dan perladangan (RM56.8 juta). 

 

"Sebaliknya, sektor yang mengalami aliran keluar bersih asing tertinggi ialah telekomunikasi & media (RM154.2 juta), produk & perkhidmatan pengguna (RM145.2 juta) dan perkhidmatan kewangan (RM119.8 juta)," katanya dalam satu nota kajian.

 

Firma penyelidikan itu berkata, institusi tempatan meneruskan aliran belian bersih untuk minggu keempat berturut-turut dengan jumlah pembelian bersih sebanyak RM391.8 juta, menyokong pasaran domestik. 

 

 

 

 

 

 

Katanya, pada masa sama, pelabur runcit tempatan meneruskan aliran jualan bersih untuk minggu kedua, mencatat jumlah aliran keluar sebanyak RM77.3 juta.

 

Purata jumlah dagangan harian (ADTV) mencatat peningkatan secara menyeluruh pada minggu lalu. Pelabur asing dan institusi tempatan merekodkan peningkatan sebanyak 10% dan 14.5% masing-masing, manakala pelabur runcit mencatat kenaikan yang lebih sederhana sebanyak 8.6%. - DagangNews.com