KUALA LUMPUR 7 April – Narushi Yazaki dilantik sebagai Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Honda Malaysia Sdn Bhd yang baharu berkuat kuasa 1 April 2025.
Pelantikan itu merupakan perubahan kepimpinan tertinggi dalam Honda Malaysia apabila beliau mengambil alih jawatan daripada Hironobu Yoshimura yang menamatkan tempoh perkhidmatannya selepas tiga tahun menerajui syarikat.
Beliau yang mempunyai lebih 25 tahun pengalaman bersama Honda termasuk beberapa negara termasuk Jepun, Thailand, dan Amerika Syarikat (US) kini mengetuai Honda Malaysia.
Narusi menggantikan Hironobu yang kini menyandang jawatan baharu di ibu pejabat Honda Motor Co., Ltd. di Tokyo.
Pelantikan itu melibatkan operasi Honda Malaysia yang beroperasi di Petaling Jaya, Selangor dengan kesinambungan tanggungjawab dari ibu pejabat global di Tokyo, Jepun.
Encik Yazaki dijangka meneruskan momentum pertumbuhan syarikat di pasaran Malaysia yang pesat berkembang serta mengekalkan kedudukan Honda sebagai peneraju dalam segmen kenderaan penumpang bukan nasional selama 11 tahun berturut-turut.
"Saya berbesar hati menerima tanggungjawab ini di Honda Malaysia, sebuah pasaran yang terkenal dengan pertumbuhan dinamik dan sumbangan penting kepada jenama Honda di rantau Asia dan Ocenia.
"Saya berhasrat untuk membina asas kukuh yang telah dibina oleh pendahulu-pendahulu dan terus memacu pertumbuhan serta kejayaan Honda Malaysia dalam pasaran yang berkembang pesat ini", katanya dalam satu kenyataan, hari ini.- DagangNews.com








