MK Curtain buka cawangan baharu di Plaza Damas, sasar 8 lokasi lagi tahun ini | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MK Curtain buka cawangan baharu di Plaza Damas, sasar 8 lokasi lagi tahun ini

Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 9 Mei — MK Curtain membuka cawangan baharu di Plaza Damas, Sri Hartamas dalam usaha memperluaskan rangkaian perkhidmatan hiasan dalaman berkualiti di seluruh negara.

 

MK Curtain kini memiliki 60 cawangan di seluruh negara dan menyasarkan pembukaan 8 cawangan lagi pada tahun ini.

 

Cawangan terbahru itu dimiliki bersama MK Curtain dengan Pengarah Jualan, Mike Mak Chung Hong, seorang kakitangan yang kini menceburi bidang keusahawanan. 

 

Turut hadir di majlis perasmian ialah Pengasas Bersama dan Pengarah Urusan MK Curtain, Datin Wira Moon Sze Fui dan bersama barisan pengurusan kanan syarikat.

 

Pengasas MK Curtain, Datuk Wira Dr Calvin Khiu memperkenalkan konsep "Usahawan dalam Syarikat" bagi menggalakkan keusahawanan dalam kalangan kakitangan.

 

Beliau berkata, cawangan di Sri Hartamas amat strategik kerana menyediakan perkhidmatan hiasan dalaman  kepada penduduk bandar dan kawasan sekitarnya. 

 

"Dengan permintaan yang tinggi terhadap langsir berkualiti, kami yakin perniagaan ini akan terus berkembang dengan lebih banyak cawangan baharu bakal dibuka.

 

"Kami akan membuka satu lagi cawangan baharu di Botani, Ipoh minggu hadapan," katanya dalam satu kenyataan.

 

Dibangunkan pada 2005, MK Curtain kini menawarkan pelbagai produk hiasan dalaman mampu milik merangkumi langsir, bidai, kertas dinding, kusyen, perhiasan rumah, dan filem penapis haba untuk tingkap.

 

Syarikat itu turut melebarkan operasi ke Indonesia dan Singapura. MK Curtain turut memperkenalkan konsep peruncit sah yang memberi peluang kepada usahawan dan pemilik kedai untuk menjadi rakan strategik perniagaan dengan membuka ruang pameran mini di premis mereka.- DagangNews.com