MIDF Research potong unjuran untung bersih FY25 Unisem sebanyak 23% akibat peningkatan kos operasi | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

MIDF Research potong unjuran untung bersih FY25 Unisem sebanyak 23% akibat peningkatan kos operasi

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 25 April - MIDF Research menyemak turun unjuran untung bersih Unisem (M) Berhad pada FY25 sebanyak 23% berikutan jangkaan margin lebih rendah disebabkan peningkatan kos operasi.

 

Firma penyelidikan itu bagaimanapun tidak membuat sebarang perubahan terhadap unjuran hasil kumpulan.

 

"Katanya, ia mengambil kira campuran produk yang tidak menguntungkan selain kadar penggunaan kilang yang rendah di Ipoh selain kos permulaan untuk kilangnya di Gopeng.

 

"Kami menjangkakan kadar penggunaan kilang di Ipoh akan kekal di bawah tekanan memandangkan permintaan yang lemah," katanya dalam satu nota kajian.

 

Terdahulu, untung bersih kumpulan pada suku pertama berakhir 31 Mac 2025 (1QFY25) menyusut 29% kepada RM6 juta berbanding RM8.46 juta pada suku sama tahun sebelumnya disebabka perubahan campuran produk dan peningkatan kos operasi.

 

Hasil meningkat 16.1% tahun ke tahun kepada RM423.62 juta berbanding RM364.76 juta pada 1QFY24.

 

Penyusutan untung bersih itu disebabkan margin keuntungan kasar yang lebih rendah yang timbul daripada perubahan dalam campuran produk dan peningkatan kos operasi.

 

Sementara itu, MIDF Research mengakui operasinya di China telah menunjukkan prestasi yang baik yang kini berjalan pada kadar penggunaan yang menggalakkan.

 

Bagaimanapun, ia dilihat tidak dapat menampung kekurangan daripada operasinya di Ipoh dan kumpulan hanya dapat melihat hasil yang lebih positif menjelang akhir tahun.

 

"Kami mengekalkan saranan "jual" dengan harga sasaran (TP) lebih rendah RM1.60 sesaham," katanya. - DagangNews.com