Marine & General dan WHS Global Engineering tubuh syarikat kerjasama, teroka bidang kejuruteraan O&G | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Marine & General dan WHS Global Engineering tubuh syarikat kerjasama, teroka bidang kejuruteraan O&G

Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 8 Mei – Marine & General Bhd (M&G) menubuhkan syarikat usaha sama baharu dengan WHS Global Engineering Sdn Bhd bagi melaksanakan kontrak berkaitan kejuruteraan minyak dan gas (O&G).

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu dikenali sebagai M&G WHS Engineering Sdn Bhd akan memulakan operasi dengan modal berbayar sebanyak RM100,000.

 

M&G akan memegang 70% kepentingan dalam syarikat tersebut.

 

Langkah itu selaras dengan usaha kumpulan untuk mempelbagaikan sumber pendapatan menerusi penglibatan dalam aktiviti fabrikasi keluli, kerja penyambungan serta penyediaan peralatan khusus dalam industri O&G.

 

M&G berkata, usaha sama itu akan memperkukuh operasi, meningkatkan nilai syarikat, dan menyokong pertumbuhan hasil secara berterusan.

 

"Usaha sama ini akan giat mencari dan menjalankan projek berkaitan kejuruteraan minyak dan gas.

 

"Jika berjaya mendapat kontrak, usaha sama ini dijangka memberi sumbangan positif kepada prestasi kewangan M&G bagi tahun kewangan berakhir 30 April 2026 dan seterusnya," katanya.- DagangNews.com