Malaysian Press Institute, DagangNews tingkatkan kerjasama | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Malaysian Press Institute, DagangNews tingkatkan kerjasama

Datuk Yong Soo Heong bersalaman dengan Hamden Ramli sambil disaksikan Ainol Amriz Ismail (dua kiri) dan delegasi MPI ketika melakukan kunjungan hormat ke pejabat DagangNews di Shah Alam pada Khamis.
Oleh HAZIQ HAKIMI

PROSPEK KOLABORASI... Malaysian Press Institute (MPI) hari ini mengadakan kunjungan hormat ke pejabat DagangNews di Shah Alam bagi meneroka peluang kerjasama untuk menfaat bersama, selain berkongsi perkembangan terkini Hadiah Kewartawanan Malaysia 2025.

 

Delegasi MPI diketuai Presidennya, Datuk Yong Soo Heong dan Ketua Pegawai Eksekutif MPI, Dr Ainol Amriz Ismail.

 

Turut hadir Pengurus Kanan Pengurusan Projek MPI, Dr Nuzatul Shima Sulaiman dan Norhafiza Kamaludin, Unit Pentadbiran & Kesetiausahaan, Norfatin Syahira Jusoh serta Pelatih Kandungan Kreatif, Ifatul Aisyah

 

Pada kunjungan itu delegasi MPI turut diberikan taklimat ringkas operasi DagangNews oleh Editor, Hamden Ramli dan Editor Media Baharu, Mohd Naim Firdaus Abdul Aziz. - DagangNews.com