Lonjakan harga emas jadi bonus kepada penyimpan jangka panjang, kata pedagang Public Gold | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Lonjakan harga emas jadi bonus kepada penyimpan jangka panjang, kata pedagang Public Gold

Simpanan emas merupakan pelaburan jangka panjang terbaik.
Oleh Zaki Salleh

KUALA LUMPUR 24 April - Kenaikan harga emas ketika ini menjadi bonus kepada penyimpannya yang menjadikan logam berharga tersebut sebagai instrumen simpanan dan pelaburan jangka masa panjang.

 

Ini membolehkan mereka mempunyai kuasa membeli sekiranya mencairkan aset tersebut untuk berbelanja atau menambah pelaburan dalam bentuk lain.

 

Harga emas 999 kini mencecah RM514 segram (g) selepas minggu lalu melepasi harga RM500g buat pertama kali.

 

Pengasas Bersama 5G Associates Public Gold, Noorazli Affendy Rusli berkata, harga emas tertinggi sekarang juga menunjukkan bahawa simpanan dan pelaburan emas sebagai pilihan yang baik sekiranya konsisten.

 

Perak
Noorazli Affendy

 

 

Jelas beliau yang juga Master Dealer Public Gold, fungsi emas yang kalis inflasi memberikan kelebihan pada penyimpan kerana purata peningkatan harganya setiap tahun.

 

"Pelaburan emas bersifat jangka masa panjang dan bukan jangka masa pendek.

 

“Pada mereka yang menyimpan atau membeli emas 5 tahun lepas misalnya, harganya pada Januari 2020 adalah RM214g. Jika dia membeli emas seberat 10g maka harga dibayar RM2,140.

 

“Kini nilai emas 10g yang dimiliki adalah RM5,076 iaitu meningkat sehingga 130 peratus atau dengan perbezaan sebanyak RM2,936. Lebihan ini adalah bonus kepada penyimpan.

 

"Justeru tiada istilah masa yang terbaik untuk membeli atau menyimpan emas kerana sifat emas itu sendiri yang telah membuktikan bahawa purata harganya sentiasa meningkat setiap tahun,” ujarnya.

 

Perak

 

Perak

 

 

Dalam pada itu kata Noorazli Affendy, beliau sentiasa menggalakkan ibu bapa khususnya menjadikan simpanan emas sebagai pelaburan kepada anak-anak bagi tujuan pendidikan.

 

Katanya, sekarang adalah waktu yang sesuai dengan ibu bapa mengalihkan duit raya yang diterima anak-anak kepada simpanan emas.

 

“Banyak platform kewangan sekarang menyediakan kemudahan menyimpan emas mengikut kemampuan kewangan seseorang.

 

“Contohnya Public Gold adalah satu platform untuk orang ramai menyimpan emas serendah RM100 sahaja melalui akaun emas GAP yang bersandarkan emas fizikal.

 

“Ini tidak membebankan dan tidak perlu ada komitmen bulanan. Ada duit lebih boleh menambah simpanan secara sedikit demi sedikit. 

 

“Kaedah ini membolehkan semua orang memiliki simpanan emas termasuk seawal usia kanak-kanak untuk pelaburan jangka panjang,” ujarnya. - DagangNews.com