Kerajaan peruntuk RM10 bilion bagi kontrak kejuruteraan, tingkatkan inisiatif RE - Kenanga | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Kerajaan peruntuk RM10 bilion bagi kontrak kejuruteraan, tingkatkan inisiatif RE - Kenanga

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 4 April - Kerajaan memperuntukkan sekurang-kurangnya RM10 bilion dalam kontrak kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) kepada syarikat solar sebagai usaha meningkatkan inisiatif tenaga boleh diperbaharui (RE). 

 

Kenanga Research berkata, syarikat yang terlibat dengan EPCC industri solar kini sedang berlumba dengan masa bagi melaksanakan projek Program Kuasa Hijau Korporat sebelum akhir 2025.

 

Sementara itu, anugerah kontrak dua gigawatt (GW) di bawa Program Solar Skala Besar 5 (LSS5) ditetapkan untuk pelancaran dalam tempoh terdekat, disasarkan siap menjelang akhir 2027.

 

“Buku pesanan mencecah paras tertinggi didorong lonjakan dalam pekerjaan EPCC.

 

"Solarvest Holdings Bhd muncul sebagai firma pertama yang memperoleh kontrak LSS5 dengan jumlah kontrak terjamin setakat ini kira-kira RM504 juta, masih sebahagian kecil daripada sasaran RM5 bilion dengan momentum dijangka meningkat," katanya dalam satu nota kajian.

 

Anugerah kontrak EPCC LSS5 dijangka pada suku kedua 2025. Selepas itu, tumpuan akan diberikan kepada pemenang bidaan 2GW LSS5+, yang akan diumumkan menjelang suku keempat 2025 dengan penyiapan projek dijangka pada akhir 2027.

 

“Kadar biadaan harus kekal hampir dengan paras LSS5, iaitu 14 sen hingga 18 sen setiap kilowatt jam (kWj) tetapi sebarang lonjakan harga panel yang boleh menjejaskan kadar pulangan dalaman kepada di bawah 8% atau di paras negatif dalam senario terburuk,” katanya.

 

Firma penyelidikan itu berkata, harga panel solar kekal rendah, membolehkan pemegang konsesi meningkatkan bidaan kepada 500 megawatt (MW).

 

Penurunan harga berpunca daripada lebihan bekalan kapasiti pengeluaran yang besar yang berkemungkinan berterusan walaupun tidak mungkin lagi berlaku penurunan mendadak kerana ia akan mendorong kebanyakan pengeluar mengalami kerugian.

 

“Dengan beberapa pengeluar bergelut untuk terus bertahan, keluar daripada pasaran boleh membuka jalan untuk kebangkitan semula masa depan, tetapi pemulihan besar pada 2025 kelihatan meragukan.

 

"Akibatnya, syarikat EPCC solar masih boleh mendapat manfaat daripada harga panel yang lebih rendah, dengan anggaran margin keuntungan kasar sekitar pertengahan remaja rendah untuk LSS5+. 

 

"Segmen solar atas bumbung semakin mendapat daya tarikan terlalu didorong oleh sokongan dasar dan peningkatan kos elektrik. Mekanisme Pengagregatan Tenaga Boleh Diperbaharui Komuniti yang baru diperkenalkan juga merupakan inisiatif yang positif," katanya.- DagangNews.com