Kenali PRIME dan kepentingannya dalam pengurusan bencana negara | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Kenali PRIME dan kepentingannya dalam pengurusan bencana negara

Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 9 Sept – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memperkenalkan Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak (PRIME) sebagai inisiatif baharu untuk memastikan komunikasi tidak terputus ketika bencana, kecemasan atau di kawasan tanpa liputan infrastruktur asas.

 

Menerusi PRIME, agensi penyelamat dan pihak berkuasa dapat berkoordinasi dengan lebih pantas sekali gus meningkatkan keberkesanan misi menyelamat serta penyampaian maklumat kepada masyarakat.

 

Baru-baru ini, Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil telah melancarkan PRIME peringkat negeri Sabah.

 

ARTIKEL BERKAITAN PRIME teguhkan kesiapsiagaan komunikasi semasa bencana di Sabah

t

 

Berikut penerangan ringkas mengenai PRIME.


Apakah itu PRIME?

– PRIME ialah singkatan bagi Sistem Komunikasi Radio dan Internet Bersepadu Bergerak. Ia dibangunkan oleh MCMC untuk menyediakan kemudahan komunikasi moden semasa bencana, kecemasan atau di kawasan tanpa liputan.

 

Mengapa PRIME diperkenalkan?

– Untuk memastikan kesinambungan komunikasi dalam situasi genting serta membantu agensi penyelamat dan pihak berkuasa meningkatkan keberkesanan misi menyelamat.
Dengan penggunaan PRIME, operasi akan berjalan lebih lancar.

 

Teknologi utama yang digunakan oleh PRIME

– Ia menggabungkan komunikasi satelit, rangkaian selular mudah alih, radio dua-hala, Wi-Fi hotspot dan penggunaan dron bagi memperluas liputan.

 

Fungsi utama PRIME semasa bencana

– Menyediakan rangkaian komunikasi sementara, menyokong operasi penyelamatan, menyalurkan maklumat sahih, serta membantu agihan bantuan kemanusiaan.

 

Kegunaan PRIME selain bencana

– Menyokong literasi digital luar bandar, mengukuhkan fungsi Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) serta membantu komunikasi semasa acara berskala besar seperti sukan atau konsert.

 

Apa kaitan PRIME dengan NADI

– PRIME memperkukuh rangkaian NADI dengan menyediakan akses internet bergerak dan siaran maklumat di kawasan pedalaman.

 

Jumlah unit PRIME

– Setakat ini, satu unit sudah dilancarkan di Semenanjung Malaysia, manakala dua lagi dijangka beroperasi di Sabah dan Sarawak menjelang hujung 2025.

 

Siapa yang boleh menggunakan PRIME

– Agensi penyelamat seperti NADMA, PDRM, Bomba, ATM, serta agensi kerajaan negeri/daerah dan komuniti tempatan melalui program NADI.

 

Peranan dalam kesiapsiagaan negara

– PRIME memastikan tiada jurang komunikasi di kawasan terputus rangkaian, sekali gus mempercepatkan tindakan, menyelamatkan nyawa dan harta benda.

 

Cara mendapatkan maklumat lanjut

– Melalui laman web rasmi MCMC (www.mcmc.gov.my
), e-mel [email protected]
 atau Pusat Panggilan MCMC di talian 1800-188-030.

 

Dengan adanya PRIME, Malaysia kini memiliki infrastruktur komunikasi bergerak yang diyakini mampu meningkatkan kesiapsiagaan negara, mengurangkan jurang digital dan memperkukuh keselamatan rakyat.- DagangNews.com