KUALA LUMPUR 30 Mei – Tawaran awam permulaan (IPO) Hartanah Kenyalang Bhd terlebih langgan sebanyak 5.33 kali menjelang penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia pada 9 Jun ini.
Syarikat pembinaan itu menerima 5,119 permohonan melibatkan 196.2 juta saham IPO bernilai RM31.4 juta, 31 juta saham saham IPO telah disediakan kepada warga Malaysia, yang mewakili kadar terlebih langgan 5.33 kali.
Sejumlah 15.5 juta saham IPO diperuntukkan kepada Bumiputera Malaysia, mewakili 50% daripada saham IPO yang tersedia untuk permohonan oleh orang awam Malaysia, manakala baki 15.5 juta saham lagi diperuntukkan di bawah kategori awam bukan Bumiputera.
Bagi kategori awam Bumiputera, sejumlah 2,394 permohonan untuk 61.08 juta saham telah diterima dengan kadar lebihan langganan 2.94 kali.
Sementara itu, kategori awam bukan Bumiputera mencatat 2,725 permohonan bagi 135.1 juta saham IPO, yang mewakili kadar terlebih langgan sebanyak 7.72 kali.
Syarikat itu berkata, sejumlah 42.6 juta saham IPO termasuk 77.5 juta saham yang ditawarkan secara penempatan persendirian kepada pelabur Bumiputera yang dikenal pasti telah diluluskan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).
Baki 38.86 juta saham IPO, yang pada mulanya dikhaskan bagi permohonan oleh pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh MITI telah habis sepenuhnya selepas pemulangan dan pengagihan semula menurut prospektus.
Syarikat itu telah melancarkan prospektusnya sebagai sebahagian daripada proses penyenaraian untuk mengumpul RM19.3 juta berdasarkan harga IPO 16 sen sesaham.
Di bawah penempatan swasta kepada pelabur terpilih dan pelabur Bumiputera yang telah diluluskan oleh MITI, sejumlah 113.94 juta saham IPO diperuntukkan kepada sejumlah 515 pelabur.- DagangNews.com








