KUALA LUMPUR 9 April - Hasil Duopharma Biotech Bhd berpotensi berkembang pada FY25 dan FY26 didorong pembaharuan kontrak dengan kementerian Kesihatan (KKM), kata Kenanga Research.
Katanya, sumbangan hasil akan bertambah menerusi pembaharuan Senarai Pembelian Produk yang Diluluskan (APPL) dengan kontrak baharu yang diberikan pada April 2024 bernilai RM666 juta.
Firma penyelidikan itu berkata, kelulusan itu adalah bagi membekalkan 86 produk farmaseutikal dan bukan farmaseutikal di bawah hospital serta klinik awam sehingga 31 Disember 2026.
"Kontrak itu juga dipercayai akan memperbaiki margin kumpulan," katanya dalam satu nota kajian.
Menurut BMI, anak syarikat Fitch Solutions, di Malaysia, pasaran farmaseutikal diramalkan berkembang pada CAGR lima tahun sebanyak 6% kepada anggaran RM15.5 bilion menjelang 2027.
Di Malaysia, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019 menunjukkan, penyakit tidak berjangkit (NCD) menyumbang 71% daripada kematian pramatang dan lebih daripada 70% daripada beban penyakit.
Kenanga Research menyukai Duopharma didorong prospek cerah pasaran farmaseutikal di Malaysia selain model pperniagaan bersepadunya merangkumi keseluruhan spektrum rantaian nilai farmaseutikal daripada R&D merangkumi konsep produk kepada pembuatan dan jualan
Katanya, ia juga menjadi pengeluar tempatan yang dominan ubat generik dari segi volum jualan dan nilai di Malaysia dengan jenama isi rumah yang mantap.
"Kami memulakan liputan ke atas Duopharma dengan saranan "outperform" pada harga sasasaran (TP) RM1.50 sesham," katanya. - DagangNews.com








