Hartalega dijangka sediakan modal sehingga RM300 juta tingkatkan kecekapan operasi kilang, kata Kenanga | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Hartalega dijangka sediakan modal sehingga RM300 juta tingkatkan kecekapan operasi kilang, kata Kenanga

Oleh NOR AZAN FITRI AHMAD HIDZIR

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Hartalega Holdings Berhad dijangka memperuntukkan perbelanjaan modal antara RM200 juta hingga RM300 juta bagi tempoh antara 18 hingga 24 bulan bagi meningkatkan kecekapan dan mengurangkan kos operasi.

 

Kenanga Research berkata, peruntukan itu termasuk menaik taraf mesin "auto stripping", pemasangan sistem AI-vision bagi mengesan kecatatan produk serta pelbagai inisiatif pendigitalan lain bagi keseluruhan operasinya.

 

Katanya, sebagai contoh, kilang 9 dijangka dilengkapi dengan automasi yang mampu mengesan kecacatan sarung tangan dengan kadar penolakan serendah 0.3%, dan mesin "stripping" yang lima kali lebih pantas.

 

"Kumpulan juga akan turut mengubah suai barisan pengeluarannya bagi mengurangkan penggunaan tenaga dan bahan kimi. Lazimnya, tenaga dan bahan kimia masing-masing menyumbang 19% dan 8% dariapda jumlah keseluruhan.

 

"Usaha berterusan dalam bidang automasi menyaksikan jumlah pekerja telah dikurangkan daripada 8,300 orang kepada 6,300 orang. Hasilnya, kos pembuatan telah menurun sebanyak 7% dan kumpulan menjangkakan usaha pengoptimuman kos akan terus menyumbang kepada penurunan kos dalam suku-suku seterusnya," katanya dalam satu nota kajian.

 

Firma penyelidikan itu berkata, sebagai contoh, kumpulan itu juga sedang merancang untuk menggerakkan semula pekerja yang mempunyai masa terluang dan mereka bentuk semula aliran kerja bagi memastikan produktiviti yang lebih tinggi.

 

Katanya, berdasarkan pengiraan awal, pengurangan bilangan pekerja dijangka memberikan penjimatan sebanyak RM30 juta hingga RM40 juta atau sekitar 15%−18% daripada unjuran keuntungan bersih FY27.

 

Kenanga Research mengurangkan unjuran keuntungan bersih FY26F sebanyak 29% apabila kami menurunkan kadar penggunaan loji kepada 75% daripada 90% disebabkan jumlah jualan yang lebih rendah.

 

Firma penyelidikan itu menjangkakan, kepimpinan dinamik dan berwawasan kumpulan itu akan mampu mengemudi syarikat keluar daripada persekitaran operasi yang mencabar ketika ini.

 

"Kami mengekalkan saranan "outperform" dengan harga sasaran (TP) RM3.10 sesaham," katanya. - DagangNews.com