Golden Destinations sasar penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Golden Destinations sasar penyenaraian di Pasaran ACE Bursa Malaysia

Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 11 Ogos – Golden Destinations Group Bhd merancang untuk disenaraikan di Pasaran ACE Bursa Malaysia, menerusi tawaran awam permulaan (IPO) yang akan menerbitkan 200 juta saham biasa baharu.

 

Penyedia perkhidmatan pelancongan itu akan membuka 50 juta saham kepada orang awam Malaysia mnakala 35 juta saham lagi diperuntukkan kepada pengarah, pekerja serta individu yang telah memberi sumbangan kepada kejayaan kumpulan.

 

Sebanyak 90 juta saham lagi akan diperuntukkan melalui penempatan persendirian kepada institusi dan pelabur terpilih, manakala 25 juta saham akan diperuntukkan khusus kepada pelabur Bumiputera yang diluluskan oleh Kementerian Perdagangan dan Perusahaan Malaysia.

 

UOB Kay Hian (M) Sdn Bhd dilantik sebagai penaung untuk IPO tersebut.

 

Langkah ini dijangka memperkukuhkan kedudukan Golden Destinations dalam industri pelancongan yang semakin kompetitif serta membuka peluang pelaburan kepada masyarakat umum dan institusi.- DagangNews.com