Glico lancar Pocky Susu baharu galakkan pemakanan sihat dan menarik kepada kanak-kanak | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Glico lancar Pocky Susu baharu galakkan pemakanan sihat dan menarik kepada kanak-kanak

Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 14 Mei – Glico Malaysia melancarkan Pocky Susu baharu menerusi kempen #SusuRangupDanSihat bagi menggalakkan pengambilan susu dalam kalangan kanak-kanak melalui cara yang lebih menyeronokkan.

 

Produk baharu itu menggunakan Susu Hokkaido premium dari Jepun yang terkenal dengan rasa berkrim dan halus, serta diperkaya dengan serat, menjadikannya snek rangup yang sihat.

 

Pengarah Urusan Glico Malaysia & Kluster Antarabangsa, Lee Yeen Theng berkata, Pocky Susu direka bagi memenuhi keperluan pemakanan kanak-kanak yang semakin berkurang pengambilan kalsium dan serat apabila meningkat usia.

 

"Ramai ibu bapa tahu susu penting, tetapi sukar pastikan anak-anak mengambil nutrien secukupnya.

 

"Pocky Susu memberi alternatif sihat dalam bentuk biskut rangup bersalut krim susu.

 

"Produk itu turut membawa nilai sentimental apabila ibu bapa yang membesar dengan Pocky kini boleh berkongsi pengalaman sama dengan anak-anak mereka," katanya dalam satu kenyataan.

 

pocky

 

Kempen itu turut disokong selebriti dan ibu terkenal, Yana Samsudin mengatakan snek seperti Pocky Susu membantu ibu bapa menjadikan pemakanan lebih menyeronokkan untuk anak-anak.

 

"Saya sentiasa mencari cara yang kreatif untuk memastikan anak makan dengan sihat. Pocky Susu antara pilihan mudah dan digemari," katanya.

 

Kempen #SusuRangupDanSihat akan dilaksanakan melalui media sosial serta lawatan ke 50 buah sekolah di Lembah Klang bagi meningkatkan kesedaran mengenai pemakanan sihat dan kebaikan susu.

 

Glico turut memperkenalkan "Pocky Nutriverse", dunia permainan maya interaktif yang menyasarkan remaja Gen Z, menggabungkan keseronokan, pemakanan sihat, dan pengalaman digital.

 

pocky

 

Pocky Susu kini boleh didapati di pasar raya, kedai serbaneka, dan Shopee dengan harga bermula RM3.40.- DagangNews.com