EVD peroleh subkontrak RM18 juta pasang sistem kawalan lebuh raya EKVE | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

EVD peroleh subkontrak RM18 juta pasang sistem kawalan lebuh raya EKVE

Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 27 Mei – EVD Bhd memperoleh subkontrak bernilai RM18 juta bagi pembekalan dan pemasangan sistem kawalan serta pemantauan trafik untuk projek Lebuhraya Lembah Klang Timur (EKVE).

 

Tempoh kontrak adalah selama 21 minggu bermula 21 Mei 2025, dengan Seksyen 1 dijangka siap 30 Julai 2025 dan Seksyen 2 pula pada 30 Oktober 2025.

 

Kerja-kerja itu termasuk ujian dalaman dan pentauliahan.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kontrak itu diserahkan oleh WZR Property Sdn Bhd selaku kontraktor utama kepada anak syarikat milik penuh EVD, EV-Dynamic Sdn Bhd.

 

Skop kerja melibatkan penyediaan tenaga kerja, bahan dan peralatan, serta pemasangan sistem selaras dengan lukisan dan spesifikasi yang diluluskan.- DagangNews.com