DKSH Malaysia kini pengedar rasmi jenama Kinohimitsu di Malaysia | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

DKSH Malaysia kini pengedar rasmi jenama Kinohimitsu di Malaysia

Oleh Shamsiah Zulkafli

KUALA LUMPUR 30 April - DKSH Malaysia dilantik sebagai rakan kongsi rasmi dan pengedar bagi Kino Biotech (M) Sdn Bhd, untuk memperluas pengedaran produk kesihatan dan kesejahteraan di bawah jenama Kinohimitsu ke seluruh Malaysia.

 

Kerjasama itu membolehkan pengguna di seluruh negara mendapatkan produk seperti WellSure, SuperFood, Wellness Supplements, Bird’s Nest dan rangkaian Immunity. 

 

Produk-produk berkenaan akan diedarkan melalui pelbagai saluran runcit termasuk pasar raya besar, farmasi, kedai serbaneka dan pasar mini.

 

Menerusi perkongsian tersebut, DKSH akan menguruskan jualan, pemasaran, penghantaran, logistik dan kutipan bayaran bagi membantu pengedaran produk. 

 

Ketua Pegawai Operasi Kino Biotech Jennifer Chin berkata, kerjasama dengan DKSH membolehkan produk-produk di bawah jenama anak syarikatnya, Kinohimitsu, kini berkembang ke seluruh negara.

 

"Langkah ini membuka ruang pasaran baharu serta membawa produk kami kepada lebih ramai pengguna," katanya dalam satu kenyataan.

 

Naib Presiden Barangan Pengguna Bergerak Pantas di DKSH Malaysia, Daniel Schwalb pula berkata, kerjasama itu bukan sahaja memperluas penawaran produk, tetapi juga untuk membantu orang ramai hidup lebih sihat melalui makanan tambahan yang bermanfaat.

 

Dengan lebih 6,000 titik jualan di Asia termasuk Malaysia, Kino Biotech komited untuk menyediakan produk kesihatan inovatif yang mudah didapati oleh pengguna. 

 

Kerjasama tersebut dijangka memperkukuh lagi kehadiran Kinohimitsu di pasaran Malaysia dan memberi manfaat kepada pengguna yang mencari produk kesihatan berkualiti tinggi. - DagangNews.com