Datuk Jared Lim letak jawatan Pengarah Eksekutif Techna-X berkuat kuasa 22 Julai 2025 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Datuk Jared Lim letak jawatan Pengarah Eksekutif Techna-X berkuat kuasa 22 Julai 2025

Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Techna-X Bhd mengesahkan peletakan jawatan Datuk Jared Lim Chih Li @ Lin Zhili sebagai Pengarah Eksekutif syarikat berkuat kuasa 22 Julai 2025 lalu.

 

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, syarikat itu berkata, peletakan jawatan itu adalah disebabkan beliau mempunyai komitmen peribadi yang lain.

 

Beliau telah berkhidmat di Lembaga Pengarah syarikat itu hampir enam tahun sejak dilantik sebagai Pengarah Eksekutif pada Oktober 2019.

 

Bagaimanapun, tiada penjelasan diberikan mengenai kelewatan pengumuman rasmi oleh syarikat itu berkaitan tarikh sebenar peletakan jawatan tersebut.

 

Sebelum ini, beliau pernah memegang jawatan pengarah urusan Country Heights Holdings Bhd sebelum meletakkan jawatan pada Januari 2023.

 

Beliau juga adalah menantu kepada hartawan Tan Sri Lee Kim Yew, pemilik konglomerat hartanah tersebut.

 

Selain itu, beliau juga adalah pengasas dan pengarah urusan bersama Asiasons Capital Ltd yang tersenarai di Singapura, yang pernah terlibat dalam kontroversi saham murah (penny stock) pada 2013, dan berkhidmat di situ dari 2014 hingga 2015. - DagangNews.com