DagangHalal perluas pasaran ke Asia Tengah melalui penyertaan Pameran Halal dan Organik 2025 di Thailand | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

DagangHalal perluas pasaran ke Asia Tengah melalui penyertaan Pameran Halal dan Organik 2025 di Thailand

DagangHalal.com giat teroka pasaran Asia Tengah dengan Konsortium Syarikat Pertengahan Malaysia
Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 22 Julai – DagangHalal.com terus mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju platform dalam talian halal global dengan memperluas jangkauan pasaran dari ASEAN ke Asia Tengah menerusi penyertaannya dalam pameran THAIFEX – ANUGA ASIA 2025 yang berlangsung di Bangkok baru-baru ini.

 

Langkah strategik syarikat itu disusuli inisiatif baharu untuk menembusi lima negara utama Asia Tengah iaitu Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan, Turkmenistan dan Uzbekistan yang secara kolektif diunjurkan memiliki nilai pasaran halal melebihi AS$453 bilion.

 

Jurucakap DagangHalal berkata, usaha itu dibuat memandangkan pasaran itu masih kurang diterokai ketika ini.

 

“Kita akan bekerjasama dengan Konsortium Syarikat Pertengahan Malaysia (MCMTC) dan perbincangan bersama duta-duta negara serantau.

 

“DagangHalal.com bukan sekadar menumpukan kepada pasaran sedia ada, sebaliknya mengambil pendekatan dua hala untuk terus memperkukuhkan penguasaan di ASEAN dan pada masa sama meneroka pasaran di Asia Tengah.

 

“Ini penting bagi memastikan perusahaan Malaysia mendapat akses pasaran yang lebih luas dan pelbagai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

DagangHalal turut mengetengahkan sistem pematuhan digital iaitu Halal Internal Assurance System (HIAS), sebagai platform untuk membantu syarikat tempatan mematuhi standard halal antarabangsa.

 

test

 

Penganjuran THAIFEX – ANUGA ASIA 2025 yang berlangsung pada akhir Mei lalu berjaya menarik lebih 88,000 pengunjung dari 143 negara.

 

Pameran Halal dan Organik itu dianjurkan Jabatan Promosi Perdagangan Antarabangsa (DITP) Thailand berikutan permintaan global yang semakin meningkat terhadap makanan halal dan organik. - DagangNews.com