Cuckoo Malaysia, Samsung jalin kerjasama strategik perkenalkan Kediaman Sihat Pintar | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Cuckoo Malaysia, Samsung jalin kerjasama strategik perkenalkan Kediaman Sihat Pintar

(Kedua dari kiri) : Pengarah Eksekutif Bukan Bebas dan Ketua Pegawai Eksekutif CUCKOO Malaysia, Hoe Kian Choon (KC Hoe) bertukar perjanjian kerjasama dengan (kedua dari kanan) Presiden Samsung Malaysia, Charles Kim turut disaksikan (dari kiri) Ketua Pegawai Operasi Cuckoo Malaysia, Toh Seng Lee dan Ketua Pegawai Kewangan Samsung Malaysia, Kyung-Ho Bae semasa merasmikan permulaan kerjasama tersebut.
Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 23 Jun – Cuckoo International (MAL) Bhd dan Samsung Malaysia Electronics Sdn Bhd menjalin kerjasama strategik bagi memperkenalkan rumusan Kediaman Sihat Pintar generasi baharu di Malaysia.

 

Kerjasama itu dijalankan menerusi program "Cuckoo Smart Healthy Home Co-Created Programme with Samsung".

 

cuckoo

 

Pengarah Eksekutif Bukan Bebas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Cuckoo Malaysia, Hoe Kian Choon (KC Hoe) berkata, kerjasama itu merupakan komitmen syarikat untuk membangunkan ekosistem gaya hidup sihat yang semakin berkembang.

 

Sementara itu, Presiden Samsung Malaysia, Charles Kim berkata, kerjasama itu mencerminkan matlamat bersama untuk membawa inovasi ke dalam kediaman rakyat Malaysia.

 

"Kepimpinan Samsung dalam peralatan rumah berasaskan AI, ekosistem SmartThings, dan teknologi berhubung menjadi asas kukuh kepada pengalaman Kediaman Sihat Pintar.

 

cuckoo

 

"Gabungan kekuatan pengedaran dan kepakaran gaya hidup sihat Cuckoo Malaysia membolehkan kami menawarkan standard baharu dari segi keselesaan, penjagaan dan kehidupan saling berhubung," katanya dalam satu kenyataan.

 

Kerjasama itu menyasarkan produk pintar bersepadu berasaskan gaya hidup sihat dan teknologi AI.

 

Di bawah segmen Cuckoo Co-Created, Cuckoo Malaysia sebelum ini bekerjasama dengan LSK, Fujiaire, dan Ogawa Malaysia untuk memperkenal rangkaian tilam, penyaman udara, dan kerusi urut.

 

Segmen itu menyumbang 2.9% kepada hasil FY21, sebelum meningkat kepada 20.2% pada FY24.

 

Bagi FY24, produk Cuckoo Co-Created mencatat pertumbuhan hasil tahunan 62.6% kepada RM250.3 juta, sekali gus menyumbang kepada peningkatan hasil keseluruhan sebanyak 11.0% kepada RM1.24 bilion.

 

Segmen itu kekal sebagai pemacu utama pertumbuhan syarikat melalui kerjasama bersama rakan perniagaan yang berkongsi matlamat sama, selain menyokong kempen #SAMASAMAHealthier.

 

Bagi suku pertama tahun kewangan 2025 (1QFY25), segmen itu menyumbang 19.7% atau RM58.3 juta kepada jumlah hasil kumpulan.

 

Produk di bawah kerjasama dengan Samsung itu dilancarkan dan mula ditawarkan di pasaran mulai 1 Julai 2025.- DagangNews.com