CelcomDigi perkenal rumusan AI baharu bantu PKS tingkatkan keberkesanan operasi | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

CelcomDigi perkenal rumusan AI baharu bantu PKS tingkatkan keberkesanan operasi

Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 13 Ogos – CelcomDigi Berhad memperkenalkan suite rumusan kecerdasan buatan (AI) ciptaan tempatan yang direka khas untuk meningkatkan keberkesanan operasi, memenuhi kepuasan pelanggan dan memperhalusi kaedah kerja dalam perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

 

Ia dibangunkan sepenuhnya oleh bakat digital CelcomDigi melalui pusat inovasi syarikat dan kini ditawarkan melalui model AI-as-a-Service (AIaaS), membolehkan PKS mengadaptasi AI dengan cepat dan kos efektif tanpa memerlukan pelaburan modal yang tinggi.

 

test

 

test

 

Dipamerkan buat julung kalinya di Sidang Kemuncak AI ASEAN 2025, rumusan AI itu menggabungkan pelbagai fungsi termasuk automasi tugasan rutin, penjanaan cadangan perniagaan dan dokumen kontrak secara automatik

 

Ia dilengkapi sistem sokongan pelanggan untuk mempercepatkan masa kendalian, serta prototaip AI Mirror yang memudahkan interaksi pekerja dan membina budaya kerja yang lebih pintar.

 

Ketua Pegawai Inovasi CelcomDigi, T. Kugan berkata, rumusan itu mencerminkan keupayaan pasukan syarikat dalam menyelesaikan masalah penggunaan AI dalam kalangan PKS.

 

“Syarikat juga meneroka penggunaan sebahagian daripada rumusan ini dalam tawaran AIaaS khusus untuk PKS supaya mereka dapat memanfaatkan AI tanpa kos pelaburan modal yang tinggi,” katanya.

 

Selain itu, CelcomDigi turut mempamerkan rumusan berkuasa 5G-AI melalui CelcomDigi AI Experience Centre (AiX), termasuk HoloMedicine untuk perancangan pembedahan realiti campuran, teleperubatan bagi memberi akses pakar kepada kawasan luar bandar, serta automasi logistik bersepadu 5G AI pertama di Malaysia.

 

Transformasi berterusan ini adalah sebahagian daripada usaha CelcomDigi untuk menjadi organisasi cenderung AI, memupuk inovasi melalui penambahan kemahiran, projek bersilang fungsi dengan menonjolkan kepakaran digital syarikat. - DagangNews.com