KUALA LUMPUR 17 Julai – CBH Engineering Holding Bhd telah memperoleh kontrak kejuruteraan pencawang bernilai RM172 juta di sebuah pusat data di Selangor.
Ia adalah projek besar yang pertama diraih syarikat itu untuk tahun ini, namun syarikat tidak mendedahkan pelanggannya.
“Tempoh pelaksanaan kerja bermula 11 Julai dan dijangka siap pada 10 September 2026.
“Skop kerja merangkumi pembekalan, pemasangan, pengujian dan pentauliahan semua peralatan pencawang serta kerja-kerja awam yang berkaitan bagi sistem bekalan elektrik,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia.
CBH Engineering disenaraikan di Bursa Malaysia pada Januari lalu.
Syarikat ini menyediakan perkhidmatan kejuruteraan mekanikal dan elektrikal, termasuk penyelenggaraan sistem elektrik pelbagai voltan serta sistem mekanikal seperti penghawa dingin, perlindungan kebakaran dan paip. - DagangNews.com








