KUALA LUMPUR 8 April - Carimin Petroleum menerusi anak syarikat milik penuhnya, Carimin Marine Services Sdn Bhd (CMS), telah menerima surat anugerah (LOA) daripada Carigali Hess Operating Company Sdn Bhd (CHOC) pada 19 Mac lalu.
LOA tersebut melibatkan penyediaan dua buah kapal Anchor Handling Tug and Supply Vessel (AHTSV) bagi operasi CHOC.
Kontrak sewaan ini bermula pada 19 Mac 2025 dan akan berjalan selama tiga tahun 11 bulan, atau sehingga 20 April 2029, tertakluk kepada tarikh sebenar kapal mula disewa.
CHOC merupakan syarikat tempatan yang aktif dalam penerokaan dan pengeluaran petroleum di Malaysia, akan bekerjasama dengan CMS bagi pelaksanaan projek tersebut.
Kontrak ini dijangka memberi kesan positif kepada pendapatan kumpulan Carimin Petroleum bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025 tanpa menjejaskan kedudukan aset bersih atau nisbah hutang syarikat.- DagangNews.com








