KUALA LUMPUR 7 April - Tiga belas kaunter terjejas selepas dikenakan penggantungan jualan singkat harian selepas harga saham mereka melepasi had harian kesan daripada jualan besar-besaran dalam pasaran pada hari ini.
Daripada 13 kaunter yang terjejas, tujuh adalah daripada sektor teknologi, termasuk UWC Bhd, Inari Amertron Bhd, Pentamaster Corporation Bhd, ViTrox Corp Bhd, Greatech Technology Bhd, Genetec Technology Bhd dan Malaysian Pacific Industries Bhd.
Baki saham dengan penggantungan jualan singkat ialah Guan Chong Bhd, Pavilion Real Estate Investment Trust atau Pavilion REIT, EcoWorld Development Group Bhd, PMB Technology Bhd, NationGate Holdings Bhd dan Suria Capital Holdings Bhd.
Menjelang rehat tengah hari, saham UWC jatuh 20.6% kepada RM1.58, manakala Inari susut lebih 19% kepada RM1.52. Pentamaster susut 20.8% kepada RM1.98, ViTrox menjunam 16.2% kepada RM2.28, Greatech turun 17.6% kepada RM1.17, Genetec turun 17% kepada 93 sen, dan MPI susut 16.4% kepada RM14.34.
Penyusutan dalam saham teknologi melanjutkan kemerosotan Jumaat lalu, didorong kebimbangan sektor semikonduktor masih boleh disasarkan oleh tindakan tarif perdagangan Amerika Syarikat (AS) pada masa hadapan, walaupun industri itu "bernasib baik terlepas" daripada tarif itu.
Penjualan besar dalam saham teknologi hampir menghapuskan keuntungan 33% sejak permulaan 2024. Indeks teknologi turun 11.81% untuk ditutup pada 41.16 mata pada tengah hari.
Sementara itu, saham Guan Chong turun 17.3% kepada RM2.97, Pavilion REIT jatuh 17% sebelum meningkat semula untuk didagangkan 5.44% lebih rendah pada RM1.39 seunit, EcoWorld susut lebih 15% kepada RM1.55, dan Suria turun sebanyak 16.9% kepada RM1.47.
NationGate turun lebih 15% kepada RM1.06, manakala PMB Technology turun 17.2% kepada RM1.20.
Aktiviti jualan singkat antara hari digantung apabila harga terakhir sekuriti yang diluluskan jatuh di bawah had harian. Had harian ialah 15% untuk saham berharga melebihi RM1, dan 15 sen untuk saham bawah RM1.
Penggantungan jualan singkat itu akan ditarik balik pada 8.30 pagi pada hari Selasa.
Kelemahan itu adalah sebahagian daripada kejatuhan pasaran yang lebih luas, dengan 1,274 rugi daripada 1,487 saham yang didagangkan di bursa saham tempatan, didorong kebimbangan perang perdagangan global.
Lima indeks yang menjejaki pelbagai saham di bursa menyaksikan penurunan lebih 1,000 mata pada waktu rehat tengah hari. Ini termasuk FBM 70 — yang menjejaki 70 saham terbesar di bursa — yang susut 1,112.24 mata atau 7.02 kepada 14,738.93 mata, dan FBM Small Cap — yang menjejaki modal kecil tersenarai di Pasaran Utama — yang turun 1,088.02 mata atau 7.21% kepada 7.21% kepada 7.21.
Indeks lain ialah FBM Fledging, FBM MidS Cap dan FBM MidS Cap Shariah.- DagangNews.com








