KUALA LUMPUR 16 Dis - Berjaya Land (BLand) menandatangani perjanjian kerjasama dengan IHG ANA Hotels Group Japan (IHG) bagi mengembangkan jenama ANA Crowne Plaza di Okinawa, Jepun.
Kerjasama melalui anak syarikat penuh milik BLand, BHR Okinawa Management GK itu, menunjukkan satu peristiwa penting dalam usaha pengembangan BLand di Jepun, menambah nilai dan menyampaikan pengalaman hospitaliti bertaraf dunia di rantau ini.
BLand berkata, ANA Crowned Plaza Resort Okinawa Uruma Hills akan secara rasmi menyertai sistem IHG pada awal tahun 2025.
Tempat penginapan ini akan menjalani pengubahsuaian bagi menggabungkan ciri-ciri jenama Crowned Plaza.
"Penjenamaan semula ANSA Okinawa Resort kepada ANA Crowne Plaza Resort Okinawa Uruma Hills ini menandakan perkongsian jangka panjang antara Berjaya dan IHG.
“Ini juga merupakan projek pertama bersama antara mereka," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Terletak di Okinawa, ANA Crowne Plaza Resort Okinawa Uruma Hills menawarkan pemandangan panorama Laut China Timur dan Lautan Pasifik kepada pelanggan serta akses mudah ke padang golf dan tapak kebudayaan berdekatan, termasuk Istana Zakimi Gusuku dan pusat komuniti Onnas-Sun.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BLand, Syed Ali Shahul Hameed berkata, perkongsian itu sejajar dengan sasaran kumpulan.
"Penjenamaan semula ANSA Okinawa Resort kepada ANA Crowne Plaza Resort Okinawa Uruma Hills menandakan kejayaan yang menarik.
“Langkah strategik ini akan memberi lebih akses kepada peluang dan meningkatakan pengalaman pelancong.
"Dengan rancangan meluas di Jepun, kami komited untuk mengukuhkan kedudukan di seluruh negara," katanya.
Ketua Pegawai Ekssekutif IG ANA Hotels Group, Abhijaya Sandilya berkata, sebagai sebahagian daripada portfolio satu jenama hotel premium terbesar di dunia kumpulan itu akan memanfaatkan kekuatan rangkaian global IHG melalui perkongsian itu. - DagangNews.com








