Bank Kerjasama Antarabangsa Jepun komited labur FDI dalam tenaga hijau dan pembuatan di Sarawak | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Bank Kerjasama Antarabangsa Jepun komited labur FDI dalam tenaga hijau dan pembuatan di Sarawak

Pertemuan wakil Bank Kerjasama Antarabangsa Jepun dengan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg baru-baru ini / Gambar UKAS
Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Potensi Sarawak sebagai hab tenaga hijau dan pembuatan di Asia Tenggara kini menarik perhatian Bank Kerjasama Antarabangsa Jepun (JBIC) yang komited untuk membuat pelaburan langsung asing (FDI) di negeri itu.

 

Pengarah Urusan Eksekutif JBIC, Shigeto Hashiyama berkata, pihaknya melihat peluang pelaburan besar di Sarawak, khususnya dalam sektor tenaga hijau dan pembuatan, termasuk projek semikonduktor, industri kimia, hidrogen, teknologi penangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS), serta penjanaan kuasa.

 

Pengarah Urusan Eksekutif JBIC, Shigeto Hashiyama berkata, perkara itu dimaklumkan kepada Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg ketika kunjungan hormat di Kompleks Satria Pertiwi baru-baru ini.

 

 

 

 

 

 

 

Pertemuan itu bertujuan mengenal pasti peluang kerjasama dan pelaburan yang memberi manfaat bersama kepada Jepun dan Sarawak.

 

“Matlamat kami ialah menggalakkan usaha sama dan projek industri Jepun yang lebih mampan di Sarawak.

 

“Langkah ini bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negeri, malah menambah nilai kepada ekonomi Jepun,” katanya selepas pertemuan itu.

 

Tambahnya, Abang Johari turut memaklumkan potensi Sarawak dalam pembangunan tenaga hijau dan pembuatan mampan yang memberi peluang besar kepada pelabur berminat serta inisiatif menarik yang disediakan.

 

 

 

 

 

 

 

"Sarawak menawarkan ekosistem pelaburan yang kompetitif, termasuk tarif elektrik dan air yang rendah, insentif cukai, tenaga kerja mahir serta persekitaran mesra pelabur.

 

“JBIC akan berkongsi maklumat ini kepada pelabur Jepun yang berminat untuk meninjau peluang pelaburan di Sarawak,” katanya. - DagangNews.com