Alex Castaldi dilantik sebagai CEO Sunway Hospitality Group | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

Alex Castaldi dilantik sebagai CEO Sunway Hospitality Group

Oleh NUR 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 8 April - Sunway Hospitality Group mengumumkan pelantikan Alex Castaldi sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu.

 

Castaldi merupakan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, sebelum ini.

 

Pelantikan ini bertujuan untuk menyelaraskan perniagaan hotel dengan sektor-sektor lain dalam Sunway Group dan memperluaskan lagi perniagaan secara global melalui pertumbuhan dalaman serta kerjasama strategik.

 

Castaldi menyertai Sunway pada tahun 2017 sebagai Pengurus Besar The Banjaran Hotsprings Retreat.

 

Menurut kenyataan yang dikeluarkan pada 7 April, Castaldi juga akan mengawasi Sunway Travel, yang menyediakan pelbagai perkhidmatan termasuk pengurusan perjalanan korporat, pakej pelancongan rekreasi, serta pengalaman yang disesuaikan dengan keperluan pelanggan.

 

Sunway Hotels and Resorts kini mengendalikan 11 hotel dan resort di Malaysia, Kemboja, dan Vietnam dengan hampir 4,000 bilik tetamu, suite, dan vila.

 

Saham induk Sunway Bhd mencatatkan kenaikan sebanyak 9 sen atau 2.2%, berharga RM4.13 pada sesi tengah hari pada hari Selasa, menjadikan nilai kumpulan ini RM25.7 bilion

- DagangNews.com