AEON STYLE Setia EcoHill Semenyih mula beroperasi dengan tawaran produk segar, kemudahan canggih | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

AEON STYLE Setia EcoHill Semenyih mula beroperasi dengan tawaran produk segar, kemudahan canggih

Gambar MPKJ, KPDN
Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 12 Dis – Pembukaan hari pertama operasi AEON STYLE di Setia EcoHill, Semenyih mendapat sambutan yang sangat memberangsangkan dari komuniti sekitar yang datang membeli-belah pelbagai barangan keperluan di pasar raya itu.

 

Perasmian pembukaan itu disempurnakan oleh Timbalan Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (Pembangunan Perdagangan Dalam Negeri), Datuk Roziah Abudin bersama  Pengurus Besar Divisyen Setia EcoHill Sdn Bhd, Koh Sooi Meng dan Pengarah Urusan AEON Co (M) Bhd, Naoya Okada.

 

Pasaraya AEON STYLE Supermarket mempunyai keluasan 20,408 kaki persegi di Setia EcoHill Mall seluas 280,000 kaki persegi dengan kemudahan 2,000 ruang letak kereta.

 

Ia menampilkan susun atur kontemporari, paparan produk yang menarik dan pelbagai pilihan makanan segar khusus untuk memenuhi keperluan gaya hidup pantas masa kini.

 

Dengan kerjasama Setia EcoHill Taipan, pembangunannya dapat memenuhi keperluan penduduk dan menarik kedatangan pengunjung dari kawasan sekitar.

 

t

 

t

 

Naoya Okada berkata, konsep baharu ini mencerminkan komitmen AEON untuk terus memodenkan pengalaman membeli-belah dan memperkukuh kehadirannya di Lembah Klang Selatan.

 

Koh Sooi Meng pula berkata, kehadiran pasaraya AEON STYLE melengkapkan visi Setia EcoHill dalam membina komuniti lestari serta memperkayakan gaya hidup penduduk dengan kemudahan yang diperlukan.

 

Pasar raya ini menawarkan pengalaman membeli-belah yang menyeronokkan kerana pengunjung mempunyai banyak pilihan produk yang segar, berkualiti dengan harga berpatutan.

 

ARTIKEL BERKAITAN: AEON STYLE jadi penyewa utama di Setia EcoHill Walk Mall Semenyih, bakal dibuka pada 12 Disember 2025

 

Pelanggan boleh memilih pelbagai produk segar, potongan daging premium, hasil laut bermusim, serta pilihan makanan sedia dimakan untuk mereka yang mahukan hidangan berkhasiat dalam masa yang singkat.

 

Bagi menambah kemudahan, AEON STYLE menggunakan teknologi runcit inovatif seperti troli pintar, kaunter pembayaran sendiri (SCO) dan mesin penimbang berasaskan AI.

 

t

 

t

 

Pelanggan juga boleh menggunakan perkhidmatan penghantaran dan pengambilan fleksibel melalui FoodPanda dan Click & Collect.

 

Satu ciri pra-tempahan khas turut diperkenalkan, membolehkan pelanggan menempah produk dan makanan terlebih dahulu untuk memastikan ia kekal segar ketika diambil.

 

Pembukaan pasar raya ini adalah satu pencapaian penting dalam transformasi AEON, yang terus memperbaharui format runcitnya di seluruh Malaysia.

 

Pada majlis perasmian itu, Malaysian AEON Foundation (MAF) turut menyampaikan  sumbangan RM30,000 kepada tiga pertubuhan kebajikan iaitu Rumah Keluarga Kami (Yayasan Ozanam), Rumah Bakti Nur Ain dan Rumah Anak Yatim Kajang Perdana (Love Orphanage).

 

Tindakan ini mencerminkan dedikasi AEON untuk memberi kembali kepada komuniti dan menyokong usaha tanggungjawab sosial korporat secara berterusan. - DagangNews.com