154 petugas teknikal TNB pastikan bekalan elektrik stabil sepanjang LIMA 2025 | DagangNews - Berita Bisnes Anda Skip to main content

154 petugas teknikal TNB pastikan bekalan elektrik stabil sepanjang LIMA 2025

Oleh 'AINA SYAZWINA

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menugaskan seramai 154 petugas teknikal di lapangan dan bilik gerakan bagi memastikan bekalan elektrik kekal stabil sepanjang Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025 dari 20 hingga 24 Mei 2025.

 

TNB telah melaksanakan pelbagai inisiatif sejak hujung 2024 termasuk semakan serta penyenggaraan sistem voltan 11kV dan 33kV di lokasi utama pameran seperti Mahsuri International Exhibition Centre (MIEC), Langkawi International Convention Centre (LICC), dan Resort World Langkawi.

 

tnb

 

Bilik Gerakan TNB turut diaktifkan mulai 18 hingga 25 Mei 2025 bagi menyokong operasi teknikal di lapangan.

 

tnb

 

TNB juga menempatkan aset-aset penting seperti janakuasa bergerak di lokasi strategik sebagai langkah kesiapsiagaan tambahan, selain menjalinkan kerjasama erat dengan Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Majlis Perbandaran Langkawi, Polis Marin, dan agensi-agensi lain.

 

tnb

 

Permintaan tenaga itu dijangka mencecah 85 megawatt (MW) sepanjang acara berlangsung.

 

tnb

 

Syarikat itu komited untuk memastikan pengalaman penggunaan yang selamat, lancar, dan meyakinkan sepanjang LIMA 2025 berlangsung.- DagangNews.com