Pemegang saham Computer Forms singkir Pang Nan Yew sebagai Pengarah Eksekutif | DagangNews Skip to main content

Pemegang saham Computer Forms singkir Pang Nan Yew sebagai Pengarah Eksekutif

Oleh M. HERMAN HAMID

KUALA LUMPUR 27 Mac - Pemegang saham Computer Forms (Malaysia) Bhd (CFM) menyingkirkan Pengarah Eksekutifnya, Pang Nan Yew pada mesyuarat agung tahunan (AGM) ke-61 syarikat itu.

 

Dalam pemakluman kepada Bursa Malaysia hari ini, CFM berkata, para pemegang saham yang memiliki 70.2 peratus kepentingan syarikat itu mengundi menentang pemilihan semula Nan Yew.

 

Nan Yew, 61, dilantik ke lembaga pengarah syarikat pada 13 Mei 2022 sebagai pengarah eksekutif.

 

Usul melantik semua Hoo Swee Guan dan Datuk Rahim Suboh sebagai pengarah bagaimanapun berjaya dengan lebih 99 peratus mengundi menyokong.

 

ARTIKEL BERKAITAN: Computer Forms melantik Rahim Suboh dari ACE Group sebagai pengarah

 

Semua usul lain termasuk untuk meluluskan pembayaran yuran pengarah tambahan dan/atau faedah sehingga RM50,000 untuk tempoh dari 1 Oktober 2022 sehingga AGM ke-61 syarikat itu diluluskan.

 

"Keputusan undian telah disahkan oleh Coopers Professional Scrutineers Sdn. Bhd., pemeriksa bebas yang dilantik oleh Syarikat," katanya.

 

CFM merupakan penyedia percetakan, pembungkusan dan borang komputer terkemuka di Malaysia.

 

Saham CFM ditutup pada harga 14 sen, turun 1 sen atau 6.7% dengan permodalan pasaran berjumlah RM37.5 juta.

 

Sebanyak 49.49 juta saham bertukar tangan menjadikannya antara saham paling aktif hari ini.- DagangNews.com