Green Lagoon Technology sasar jana dana RM15 juta | DagangNews Skip to main content

Green Lagoon Technology sasar jana dana RM15 juta

Oleh ZULFADLI SHARIFUDIN

KUALA LUMPUR 15 Feb - Green Lagoon Technology (GLT) menerusi Leet Capital menyasarkan dana sebanyak RM15 juta melalui pendanaan ekuiti ramai (ECF).

 

Ketua Pegawai Kewangan GLT, Wilson Ang berkata, GLT merupakan syarikat biogas pertama mengumpul dana melalui ECF dan berhasrat untuk mencapai jumlah dana tertinggi pernah diperoleh.

 

“Dana yang dikumpul akan digunakan untuk membesarkan jejak aset biogas kami daripada 10 kepada 16 loji biogas untuk tujuan kepelbagaian perniagaan seperti jenis sisa pertanian lain, termasuk najis ternakan dan sisa biojisim. 

 

"Ini adalah untuk menyelaraskan strategi pertumbuhan kami ke arah penyenaraian di Bursa Malaysia pada 2023 bagi menyokong agenda kemampanan Malaysia”, katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Dalam perkembangan sama, Ketua Pegawai Eksekutif Leet Capital, Bikesh Lakhmichand pula berkata, pihaknya teruja dan tidak sabar untuk memberi peluang kepada pelabur untuk melabur dalam peneraju industri seperti GLT. 

 

"Rekod prestasi terbukti dan aspirasi mereka untuk mendapatkan tawaran awam permulaan (IPO) pada tahun hadapan adalah perjanjian yang kami tahu pelabur runcit akan menyukainya," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Menjana sisa kepada keuntungan, GLT ialah pakar dalam menyediakan penyelesaian pengilang minyak sawit untuk menguruskan biogas yang dikeluarkan daripada kilang mereka. 

 

Biogas yang dibebaskan ditukar kepada tenaga boleh diperbaharui sama ada untuk kegunaan dalaman atau untuk diwangkan kepada grid nasional di bawah program Tarif Galakan (FiT).

 

 

glt

 

 

Sejak 2010, GLT telah menyiapkan 39 projek bernilai RM133 juta dan kini mempunyai 24 projek sedang berjalan bernilai RM131 juta.

 

Aset mereka terdiri daripada tujuh loji janakuasa pada 2021 dan akan berkembang kepada 10 menjelang akhir 2022, dengan jumlah kapasiti eksport 15.35MW/jam.

 

Sejak kebelakangan ini, GLT mula membangunkan projek menaik taraf biogas kepada bio-metana untuk disuntik ke dalam saluran paip gas atau aplikasi industri.

 

Perniagaan yang dipacu kemampanan ini ingin mengumpul sehingga RM15 juta melalui Leet Capital, perjanjian ECF terbesar setakat ini. 

 

Jika anda berminat untuk menjadi pelabur di Green Lagoon, sila lawati www.leet.capital/company/green-lagoon-technology-sdn-bhd untuk mengetahui lebih lanjut. - DagangNews.com