Diskriminasi OKU di Malaysia masih tegar | DagangNews Skip to main content

Diskriminasi OKU di Malaysia masih tegar

Majikan mahupun rakan sekerja perlu mempunyai simpati dan belas kasihan kepada pekerja OKU. - Gambar : Hans Moerman/Unsplash
Oleh MOHD FUDZAIL MOHD NOR

Di seluruh dunia, terdapat 1.2 bilion Orang Kurang Upaya (OKU), mewakili 15 peratus daripada populasi global. 

 

Di Malaysia, dianggarkan terdapat 4.5 juta OKU, walaupun sehingga September 2021 terdapat 611,939 OKU yang berdaftar secara rasmi dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM). 

 

Begitu pun, jika terdapat begitu ramai OKU, kenapa nampak sedikit di negara ini?

 

Konvensyen Hak OKU mengesahkan perlindungan luas untuk OKU dalam hak untuk hidup, kebebasan daripada diskriminasi, pengiktirafan sama rata di hadapan undang-undang. Untuk akses kepada keadilan, pendidikan, pekerjaan dan kesihatan. 

 

Kemerosotan dalam struktur badan seseorang, atau fungsi mental seperti kecacatan termasuk kehilangan anggota badan, kehilangan penglihatan atau kehilangan ingatan. Had aktiviti, seperti kesukaran melihat, mendengar dan berjalan.

 

Tidak semua kecacatan boleh dilihat atau dikesan melalui sentuhan biasa. Nampak jelas kepada orang bukan OKU ialah OKU dari segi fizikal dan lahiriah. 

 

Selalunya OKU tidak kelihatan kerana prasana awam tidak memudahkan OKU bergerak secara bebas.

 

 

gambar hiasan

 

 

Tidak mesra OKU

 

Undang-undang mewajibkan prasana awam boleh diakses oleh OKU tetapi berapa peratuskah yang benar-benar mesra OKU? 

 

Di Kuala Lumpur, Cyberjaya dan Putrajaya masih belum mesra OKU sepenuhnya. Apalagi di bandar-bandar lain yang terus tidak mesra OKU.

 

Umpamanya lif yang tidak mempunyai isyarat lisan, tanjakan kerusi roda yang terlalu curam, ambang pintu yang terlalu sempit, pintu buai yang berat dan sukar digunakan, lif yang sentiasa kehabisan perkhidmatan, tandas untuk OKU yang sentiasa berkunci atau digunakan sebagai pejabat janitor.

 

Semua ini adalah remeh bagi orang bukan OKU, tetapi penting bagi OKU untuk hidup berdikari seboleh yang mungkin.

 

Ada OKU boleh mendapatkan pekerjaan tetapi bangunan di mana pejabat itu terletak tidak mesra OKU. Bagaimana dia hendak masuk? 

 

Dengan lif di stesen LRT tidak beroperasi seperti komuter yang tidak mesra OKU, bagaimanakah OKU boleh pergi ke tempat kerja, sekolah, universiti, gim, kedai atau pergi bersiar-siar dengan bajet yang terhad? 

 

Bayangkan berapa lama seseorang boleh menahan diri tanpa menggunakan tandas. Di stesen petrol mungkin sudah ada tetapi kebanyakan tidak mesra OKU.

 

OKU  menghadapi diskriminasi yang lebih teruk kerana ketidakupayaan OKU tidak jelas dan mudah difahami. 

 

Sebab tidak melihat OKU berpusing dan berada di sekeliling kerana tidak memberi ruang untuk OKU, walaupun OKU adalah ahli Keluarga Malaysia yang sama seperti orang lain.

 

 

gambar hiasan

 

 

Diskriminasi

 


Diskriminasi terhadap OKU di tempat kerja masih berleluasa dikatakan hampir 100 aduan mengenainya setiap bulan dengan hampir semua aduan membabitkan dakwaan ketidakadilan majikan dan rakan sekerja. 

 

Selalu berlaku diskriminasi apabila rakan sekerja dan majikan seperti memandang rendah pada golongan OKU. 

 

Terjadi kes kakitangan OKU dimarahi sebab cara bekerja kerana tidak boleh duduk lama, kena rehat sekejap dan baring di atas kerusi. Sememangnya tidak boleh bekerja teruk macam orang lain yang normal.

 

OKU diberikan jawatan tanpa mengikut kelayakan sewajarnya walaupun ada kalangan mereka berkelulusan tinggi sehingga peringkat sarjana dan PhD tetapi diberi kerja menyusun barang dan lebih kepada bahagian pentadbiran. 

 

Kebanyakan aduan kerana majikan tidak mahu sediakan kemudahan untuk golongan OKU seperti pintu, lif, tandas dan parkir.

 

Saya sebagai OKU turut mengalami walau berpengalaman lebih 40 tahun dengan majikan mengenepikan walaupun layak.

 

OKU mendakwa dipandang rendah oleh majikan dan dimarahi sebab tidak boleh melakukan kerja-kerja dengan normal dan menimbulkan tekanan terhadap golongan OKU.

 

Golongan OKU memerlukan bantuan supaya OKU boleh hidup di dunia ini setaraf dengan penduduk yang lain. 
Kalau mana-mana orang bukan OKU memerlukan alasan yang mementingkan diri untuk membantu OKU, sesiapa sahaja boleh menjadi OKU pada bila-bila masa dalam hidup mereka.

 

 

gambar hiasan

 


Berjuang

 

Kemasukan dalam masyarakat adalah hak asasi manusia sejagat dan mengenai maruah serta nilai setiap individu untuk diterima untuk siapa kita.

 

Kita berharap proses menambah baik syarat penyertaan dalam masyarakat untuk OKU yang bernasib baik berdasarkan umur, jantina, ketidakupayaan, etnik, serta status ekonomi dan migrasi dapat diuar-uarkan.

 

Menggalakkan rangkuman sosial memerlukan penghapusan halangan kepada penyertaan orang ramai, termasuk undang-undang, dasar dan institusi berkaitan. 

 

Dengan memerlukan juga perubahan sikap dan tingkah laku yang diskriminasi, dan mengambil langkah aktif untuk memudahkan penyertaan OKU.

 

Kemasukan adalah proses dan matlamat yang melibatkan dan membolehkan semua orang mempunyai akses dan peluang yang sama, bebas daripada diskriminasi dan halangan. 

 

Warganegara sebenar bukan hanya yang mempunyai kad pengenalan sebaliknya seorang yang gemar menjadi ahli penuh masyarakat dan yang mengambil bahagian secara aktif dalam pembinaan negara.

 

OKU telah lama terpaksa menanggung diskriminasi dan tanpa dipedulikan walau mungkin ada yang belas simpati. 

 

Ramai OKU berjuang untuk mendapatkan penyertaan penuh dalam pendidikan, latihan, pekerjaan, perumahan serta penggunaan perkhidmatan penjagaan kesihatan dan sistem pengangkutan awam.

 

Kecenderungan yang berlaku adalah untuk melihat kecacatan sebagai tragedi dalam model amal. OKU dilihat sebagai malang dan makhluk yang lebih rendah yang tidak sesuai dengan dunia biasa dan kebolehan tipikal. 

 

Ramai rakyat Malaysia yang OKU telah terlepas pandang, tidak bersuara dan diejek. Apa lagi di media sosial dengan merasakan Merdeka belum menjadi realiti bagi OKU.

 

Untuk menyokong kemasukan OKU adalah untuk menyokong keadilan sosial. Ini bermakna menyedari bahawa tidak bertindak secara kolektif menyebabkan warga OKU Malaysia semakin ketinggalan.

 

Ini memerlukan seluruh masyarakat bekerja secara sistematik untuk menghapuskan halangan struktur dan sistemik untuk dimasukkan ke dalam dasar dan program arus perdana merentas semua sektor pembangunan.

 

 

gambar hiasan

 

 

Rapatkan jurang

 

Dengan memerlukan tumpuan khusus untuk mengecilkan jurang dalam pendidikan, latihan, pendapatan, pekerjaan sendiri, perumahan dan hasil kesihatan. 

 

Kemasukan sedemikian tidak boleh berlaku di peringkat komuniti sahaja, tetapi perlu berlaku pada peringkat proses politik yang lebih luas, dengan penglibatan politik yang inklusif dan bersama.

 

Bagi saya sangat berhemah bagi ahli politik dan parti politik, terutama mereka yang berharap untuk dipilih sebagai ahli parlimen atau ADUN, untuk mengambil kira pandangan ahli pengundi yang dikaitkan dengan OKU dan masyarakat OKU. 

 

Boleh dikatakan masyarakat OKU merupakan pengundi berdaftar yang berusaha untuk mengundi walaupun menghadapi kesukaran dan cabaran.

 

Kita mengharap ada manifesto menyokong OKU dengan matlamat dan tindakan yang jelas. Meningkatkan rangkuman pekerjaan, meningkatkan jalinan pendidikan dan menguatkuasakan hak OKU.

 

Semakan besar Akta OKU 2008 adalah penting untuk memberikannya skop dan kuasa untuk menguatkuasakan hak OKU yang lebih jelas kepada umum.

 

Sebahagian daripada OKU tidak mempunyai kad OKU kerana khuatir akan mendapat stigma kerana memegang kad tersebut, apalagi  OKU tidak nampak bagaimana kad OKU boleh membantu. Kerajaan perlu berusaha lebih giat lagi untuk menghapuskan stigma berkaitan pendaftaran.

 

 

gambar hiasan

 

Sokongan

 

Pindaan Akta OKU 2008 untuk memberikannya skop dan kuasa untuk menguatkuasakan hak OKU dengan memperkukuh usaha jangkauan dan advokasi OKU. 

 

Proses membuat keputusan yang memberi kesan kepada kualiti hidup, kesihatan, pendidikan, pembelajaran sepanjang hayat dan prospek kerja OKU.

 

Di samping membuat peningkatan yang ketara dalam kemasukan dan kebolehcapaian OKU dalam sistem pendidikan, latihan vokasional serta pekerjaan. 

 

Mesti manfaatkan sumbangan OKU kepada ekonomi dan masyarakat di peringkat nasional dan tempatan dengan sungguh-sungguh.

 

Majikan mahupun rakan sekerja disaran untuk mempunyai simpati serta belas kasihan kepada pekerja OKU. 

 

Malah, majikan terutamanya perlu menyediakan pasukan, pekerja dan diri sendiri untuk bagaimana memberi sokongan kepada pekerja OKU.

 

Kita tidak tahu bila akan menjadi OKU kerana kifarah adalah benar dan boleh terjadi bila-bila masa. Sebelum ambil golongan OKU bekerja adalah lebih bagus jalani latihan kesamarataan.

 

Ramai lebih faham bagaimana untuk uruskan OKU kategori masalah pembelajaran, pekak, buta dan bermacam lagi.

 

Kita patut sambut semua perbezaan di mana kurang upaya bukan kelainan upaya dan tetap manusia yang bernafas. 

 

Golongan OKU kalau bukan di ahirkan juga bukan minta untuk menjadi OKU. Semuanya mengikut takdir dan janganlah persendakan dan tidak memperdulikan OKU. 

 

Mungkin yang sihat dan normal hari ini menjadi OKU sepanjang hayat, siapa sangka dengan kifarah? -DagangNews.com